Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. HIBAH Ciri-ciri hibah adalah seperti berikut: Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak. Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat. Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad). Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah. Akad hibah dibuat secara sukarela tanpa paksaan. Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang. Akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah dipenuhi rukun dan syarat-syaratnya iaitu : Pemberi hibah (al-wahib) Penerima hibah (al-mauhub lahu) Barang yang dihibahkan (al-mauhub) Sighah (ijab qabul). Dalam melaksanakan sighah (ijab dan qabul), perkara yang penting untuk dilihat adalah sama ada elemen terimaan atau al-qabd berlaku atau tidak. Al-qabd (penerimaan barang) bermaksud me...